Showing posts with label HARRAS AZFAR. Show all posts
Showing posts with label HARRAS AZFAR. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

HARI KE-7 PERSEKOLAHAN.

As Salam. Semalam lepas ambik Harras dari sekolah kebangsaan, ada surat dari sekolah. Tulis kat surat tu Harras ditukarkan ke kelas 1M dari 1G aka Garnet. 1M tu kelas mana yer. Tingkat 2 rasanya. Kurang la satu tingkat Harras nak kena daki hari-hari. Alhamdulillah, masih kekal di kelas arus perdana dan bukan sebab masalah 3M (Membaca,Menulis,Mengira).  Semoga bergembira di kelas baru yer Abang Long. Take care sayang.

Tuesday, January 10, 2012

FIRST DAY AT SCHOOL.

HARRAS AZFAR BIN MUHAMAD HIZWAN
Ni gambar masa tengah dengar taklimat dari cikgu bertugas tentang hari pertama persekolahan dan banyak cerita tentang disiplin. Biasa laa kan,tentunya dari cikgu disiplin. Harras masuk kelas 1 Garnet. Sekolah ni bagi nama kelas ikut nama batu permata. Punya laa ramai murid2 Tahun 1 sampaikan ada 12 kelas utk Tahun 1 sahaja bagi tahun 2012. Kawasan ni memang kawasan penempatan n perumahan. So, mmg ramai laa penduduk kat area sini. Itu pun dah bahagikan dengan 1 seklah lagi. Ada 2 sekolah rendah dalam kawasan  ni. Ramai kan?
 Ni pulak gambar Harras beratur masa nak masuk kelas. Happy jer dia dapat masuk sekolah baru. Mmg chubby laa anak ibu ni.  hahahahaa...

 Tak tau laa berapa lama tahan nyer baju yang kemas ni. Entah2 tengahari nnt dah terkelular dah semua nya. Well, bila lagi dia nak berdikari n jaga diri sendiri kan? Kalau ikut hati memang risaaauuu jer nak lepaskan sorang2. Tapi nasib baik dia ok n mudah berkawan n mesra alam hahaa...

 Hakeem pon terpaksa bawak hari tu sebab dah agak lewat. Tak sempat nak hantar ke taska dulu. So, supaya tak lambat, angkut sekali. Nasib baik dia baik jer, tak nangis2. Good boy!
 Ni sumer yang gambar pakai tie ni hari Isnin nyer gambar. So, maknanya hari ke-4 sekolah laa. Setiap hari Isnin kena pakai tie sebab ada perhimnpunan rasmi. Hensem laa my lovely boy ni. Dah nampak macam orang besar sangat dah. Harras bangga sangat2 dapat pakai tie hari tu. Senyum jer. Katanya dia nak pakai tie ni hari-hari g sekolah. Wah! Bersemangat betul anak ibu. 


Macam ketua kelas kan? hihihii

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2012 @ SK JALAN U3, SHAH ALAM.


Macam tak percaya jer Harras dah masuk sekolah. Tahun 2012 ni, Harras dah mula bersekolah Tahun 1 di SK Jalan U3, Subang Perdana, Shah Alam.  Gambar ni masa hari orientasi pada 31 Disember 2011 lalu. Tak banyak gambar dapat ambik sebab kena g dengar taklimat dari pihak sekolah . Ibu harap Harras belajar rajin-rajin n berjaya dalan pelajaran , Insyaallah.

BIRTHDAY HARRAS YANG KE-6

Kek Angry Bird ni untuk anak tersayang Harras Azfar yang ke 6 tahun pada 16 Dec 2011. Since school holiday, saya hantar dia ke Kem Smart Solat n Celik Al-Quran, so dapat laa dia celebrate dengan guru-guru baru n kawan-kawan baru di kem. Memandangkan semua persiapan persekolahan tema nyer Angry Bird, so, saya buatkan kek dengan tema yang sama. Kek nyer, 3kg++ very moist choc cake. NO eggs ok. Sangat sedap sebab di lapisi dengan cheese lagi... puas masing-masing makan.. Disamping tu saya bawa kan juga assorted puff with blueberry n strawberry filing. Panas2 lagi masa bawa tu. Tapi tak sempat snap gambar puff sebab semua dah serbu. heheheee...Alhamdulillah, Harras happy sangat... Ibu doakan Harras menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat, Insyaallah...AMIN.


 Semua kerumun nak tengok Harras potong kek. Meriah sebab kat kem ni ramai. Almost 70 termasuk guru2.



 Beriya potong kek. Seronok dia.

KEM SMART SOLAT & CELIK AL-QURAN @ AS-SAKINAH, SUBANG BESTARI

Program cuti sekolah Kem Smart Solat & Celik Al-Quran @ As-Sakinah, Subang Bestari masa cuti sekolah tahun lepas 2011. Harras join kem ni selama 3 minggu in December 2011 so that masa cuti dapat dipenuhi dengan perkara2 berfaedah disamping membiasakan diri dengan tempat baru. Tahun ni 2012, kat sini lah Harras akan belajar KAFA n transit after balik dari sekolah kebangsaan. Alhamdulillah, Harras memang senang nak adapt dengan new environment n new people. Ada acara nasyid dan makan2 (potluck daripada ibubapa peserta kem). Meriah n penuh bermakna. Semoga ilmu yang didapati dapat dimanfaatkan sebaiknya, ya Harras.











MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH AKHIR TAHUN 2011 PASTI LITTLE MUSLIM

Last day di PASTI LITTLE MUSLIM buat Harras sebab tahun 2012 akan melangkah ke Tahin 1. Dah 2 tahun Harras di sini. Banyak kengan di sini terutama dengan guru2. Semoga segala yang dipelajari diberkati dan dapat menjadi pedoman di masa hadapan. Semoga berjaya kepada barisan guru2 dan teruskan perjuangan anda, Insyaallah.









Monday, January 31, 2011

MAJLIS AKHIR TAHUN PASTI LITTLE MUSLIM..

Harras punya majlis akhir tahun di PASTI Little Muslim. Ni tengah nyanyi nasyid dengan murid-murid 6 tahun. Sepatutnya Harras nyanyi dengan group 5 tahun, tapi dia suka join dengan budak2 besar. Berkeras nak gak nyanyi dengan murid2 6tahun, so ustazahnya pun bagi laa...
 



 Tengah tunggu turn...



 Ambil sijil.
Macam biasa, makan ...

BIRTHDAY HARRAS YG KE 5..

 Birthday Harras yang ke 5 sambut kat PASTI Little Muslim masa cuti sekolah yang lepas. Selalunya mmg tak dapat celebrate dengan kawan2 sekolah sebab birthday Harras jatuh bulan Dec iaitu cuti sekolaahhh.... So, tahun ni kebetulan ada tuisyen masa cuti, so dapatlah celebrate dengan kawan2. Tahun ni Harras nak kek Batman. So, ibu buatkan kek batman 2 bj, satu bawak g PASTI n satu lagi untuk Taska Jingga. Ni gambar masa celebrate kat PASTI Little Muslim.


 Peace! Happy jer dia dapat potong kek dengan kawan2.
 Balik dari PASTI, ibu bawak Harras g jalan-jalan kat Ikano. Kebetulan masa tu nak Krismas. So, byk laa sale sana sini. Harras sempat juagk grab mainan Thomas n Friend nyer set keretapi. Balik nnt main dengan Hadif ya.
 Ni gambar masa main kat Ikano. Ada tempat main yang macam belon tu. Entah apa namanya. Berpeluh-peluh main. Tapi time tu tak ada orang. So, Harras mainlaa sorang2.
 Ni pulak, celebrate kat Taska Jingga dengan Hadif. Balik dari Ikano terus g taska.
Syaratnya mesti potong sama2 kalau tak nnt Hadif merajuk. Lepas potong kek, kita makannn!!

IBU DOAKAN SEMOGA HARRAS MENJADI ANAK YANG SOLEH, SIHAT DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT. AMINNN..