Tuesday, January 10, 2012

FIRST DAY AT SCHOOL.

HARRAS AZFAR BIN MUHAMAD HIZWAN
Ni gambar masa tengah dengar taklimat dari cikgu bertugas tentang hari pertama persekolahan dan banyak cerita tentang disiplin. Biasa laa kan,tentunya dari cikgu disiplin. Harras masuk kelas 1 Garnet. Sekolah ni bagi nama kelas ikut nama batu permata. Punya laa ramai murid2 Tahun 1 sampaikan ada 12 kelas utk Tahun 1 sahaja bagi tahun 2012. Kawasan ni memang kawasan penempatan n perumahan. So, mmg ramai laa penduduk kat area sini. Itu pun dah bahagikan dengan 1 seklah lagi. Ada 2 sekolah rendah dalam kawasan  ni. Ramai kan?
 Ni pulak gambar Harras beratur masa nak masuk kelas. Happy jer dia dapat masuk sekolah baru. Mmg chubby laa anak ibu ni.  hahahahaa...

 Tak tau laa berapa lama tahan nyer baju yang kemas ni. Entah2 tengahari nnt dah terkelular dah semua nya. Well, bila lagi dia nak berdikari n jaga diri sendiri kan? Kalau ikut hati memang risaaauuu jer nak lepaskan sorang2. Tapi nasib baik dia ok n mudah berkawan n mesra alam hahaa...

 Hakeem pon terpaksa bawak hari tu sebab dah agak lewat. Tak sempat nak hantar ke taska dulu. So, supaya tak lambat, angkut sekali. Nasib baik dia baik jer, tak nangis2. Good boy!
 Ni sumer yang gambar pakai tie ni hari Isnin nyer gambar. So, maknanya hari ke-4 sekolah laa. Setiap hari Isnin kena pakai tie sebab ada perhimnpunan rasmi. Hensem laa my lovely boy ni. Dah nampak macam orang besar sangat dah. Harras bangga sangat2 dapat pakai tie hari tu. Senyum jer. Katanya dia nak pakai tie ni hari-hari g sekolah. Wah! Bersemangat betul anak ibu. 


Macam ketua kelas kan? hihihii

0 comments: