Thursday, February 9, 2012

JOM KITA BERENANGGG...















Ni laa aktiviti masa cuti CNY yang baru ni. Hasrat hati pada awalnya nak bawak g picnic di Ulu Bendul tapi atuknya tak kasi pulak. Biasa laa orang tua2 ni byk pantang larang nyer. Lagi2 pernah terjadi kes budak lemas n hilang kat ctu tahun lepas. Tapi masa tu mmg dia mandi masa musim  hujan, so air mmg agak deras turun dari gunung tu. AND memang Allah SWT dah tentukan jalnya sampai masa tu.
SO, since atuks tak bagi pergi, Plan B...heheheee...kirim kat Pak Andak yang OTW balik kg dengan Mak Su, kolam ni laa.. Actually kirim yang besar tapi Pak Andak cakap takut kot laa besar sangat, tak der tempat lak nak letak, jadi dia beli yang ini. Bole laa kan...dapat gak laa ala-ala renang kupu2 3 beradik heheheee... Harras, Hadif n Hakeem mmg sukerrr sangat kalau bab air ni. Sampai kecut2 berendam. Tapi gambar Hakeem takder lak kat cni. Nanti ibu carik yer. Lepas hajat nak main air kan Abg Long. Atok jadi tukang isi air, sebab atok tak kasi pergi kan. So, kena laa tolong isi air. hehehe... Asalkan depan mata dia, ok laa tu. Sayang atok!

ANGAH SAYANG ABG LONG DOT DOT DOT


Scene macam ni masa tido jer leh dapat. Hebat kan? Kalau tak bila nak peluk jer kena dussh...heheheee.. boy la katakan ...Tapi yang penting, Angah n Abg Long love each other..
Pssttt...abaikan plastik yang munga-munga tu erk...itu untuk langkah berjaga-jaga incase ada air bah di tengah malam hahahahaa

Wednesday, January 11, 2012

HARI KE-7 PERSEKOLAHAN.

As Salam. Semalam lepas ambik Harras dari sekolah kebangsaan, ada surat dari sekolah. Tulis kat surat tu Harras ditukarkan ke kelas 1M dari 1G aka Garnet. 1M tu kelas mana yer. Tingkat 2 rasanya. Kurang la satu tingkat Harras nak kena daki hari-hari. Alhamdulillah, masih kekal di kelas arus perdana dan bukan sebab masalah 3M (Membaca,Menulis,Mengira).  Semoga bergembira di kelas baru yer Abang Long. Take care sayang.

Tuesday, January 10, 2012

FIRST DAY AT SCHOOL.

HARRAS AZFAR BIN MUHAMAD HIZWAN
Ni gambar masa tengah dengar taklimat dari cikgu bertugas tentang hari pertama persekolahan dan banyak cerita tentang disiplin. Biasa laa kan,tentunya dari cikgu disiplin. Harras masuk kelas 1 Garnet. Sekolah ni bagi nama kelas ikut nama batu permata. Punya laa ramai murid2 Tahun 1 sampaikan ada 12 kelas utk Tahun 1 sahaja bagi tahun 2012. Kawasan ni memang kawasan penempatan n perumahan. So, mmg ramai laa penduduk kat area sini. Itu pun dah bahagikan dengan 1 seklah lagi. Ada 2 sekolah rendah dalam kawasan  ni. Ramai kan?
 Ni pulak gambar Harras beratur masa nak masuk kelas. Happy jer dia dapat masuk sekolah baru. Mmg chubby laa anak ibu ni.  hahahahaa...

 Tak tau laa berapa lama tahan nyer baju yang kemas ni. Entah2 tengahari nnt dah terkelular dah semua nya. Well, bila lagi dia nak berdikari n jaga diri sendiri kan? Kalau ikut hati memang risaaauuu jer nak lepaskan sorang2. Tapi nasib baik dia ok n mudah berkawan n mesra alam hahaa...

 Hakeem pon terpaksa bawak hari tu sebab dah agak lewat. Tak sempat nak hantar ke taska dulu. So, supaya tak lambat, angkut sekali. Nasib baik dia baik jer, tak nangis2. Good boy!
 Ni sumer yang gambar pakai tie ni hari Isnin nyer gambar. So, maknanya hari ke-4 sekolah laa. Setiap hari Isnin kena pakai tie sebab ada perhimnpunan rasmi. Hensem laa my lovely boy ni. Dah nampak macam orang besar sangat dah. Harras bangga sangat2 dapat pakai tie hari tu. Senyum jer. Katanya dia nak pakai tie ni hari-hari g sekolah. Wah! Bersemangat betul anak ibu. 


Macam ketua kelas kan? hihihii

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2012 @ SK JALAN U3, SHAH ALAM.


Macam tak percaya jer Harras dah masuk sekolah. Tahun 2012 ni, Harras dah mula bersekolah Tahun 1 di SK Jalan U3, Subang Perdana, Shah Alam.  Gambar ni masa hari orientasi pada 31 Disember 2011 lalu. Tak banyak gambar dapat ambik sebab kena g dengar taklimat dari pihak sekolah . Ibu harap Harras belajar rajin-rajin n berjaya dalan pelajaran , Insyaallah.

JENJALAN MASA CUTI...

Ini gambar masa g tengok pameran buaya kat muzium haiwan kat Putrajaya. Datang dengan kakak dan anak2nya. Bulat mata Hakeem tengok buaya besar2  hehee


 Ini laa kakak saya merangkap Mak Long Harras, Hadif n Hakeem.
 Ini pulak masa jenjalan kat SACC. Bila ternampak jer gambar Eric Leong ni, terus Harras kata nak ambik gambar kat situ. Pelik jugak. Mana dia kenal si Eric ni haa....? Confuse jap.

BIRTHDAY HARRAS YANG KE-6

Kek Angry Bird ni untuk anak tersayang Harras Azfar yang ke 6 tahun pada 16 Dec 2011. Since school holiday, saya hantar dia ke Kem Smart Solat n Celik Al-Quran, so dapat laa dia celebrate dengan guru-guru baru n kawan-kawan baru di kem. Memandangkan semua persiapan persekolahan tema nyer Angry Bird, so, saya buatkan kek dengan tema yang sama. Kek nyer, 3kg++ very moist choc cake. NO eggs ok. Sangat sedap sebab di lapisi dengan cheese lagi... puas masing-masing makan.. Disamping tu saya bawa kan juga assorted puff with blueberry n strawberry filing. Panas2 lagi masa bawa tu. Tapi tak sempat snap gambar puff sebab semua dah serbu. heheheee...Alhamdulillah, Harras happy sangat... Ibu doakan Harras menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat, Insyaallah...AMIN.


 Semua kerumun nak tengok Harras potong kek. Meriah sebab kat kem ni ramai. Almost 70 termasuk guru2.



 Beriya potong kek. Seronok dia.

KEM SMART SOLAT & CELIK AL-QURAN @ AS-SAKINAH, SUBANG BESTARI

Program cuti sekolah Kem Smart Solat & Celik Al-Quran @ As-Sakinah, Subang Bestari masa cuti sekolah tahun lepas 2011. Harras join kem ni selama 3 minggu in December 2011 so that masa cuti dapat dipenuhi dengan perkara2 berfaedah disamping membiasakan diri dengan tempat baru. Tahun ni 2012, kat sini lah Harras akan belajar KAFA n transit after balik dari sekolah kebangsaan. Alhamdulillah, Harras memang senang nak adapt dengan new environment n new people. Ada acara nasyid dan makan2 (potluck daripada ibubapa peserta kem). Meriah n penuh bermakna. Semoga ilmu yang didapati dapat dimanfaatkan sebaiknya, ya Harras.