Tuesday, June 15, 2010

AKTIVITI BOWLING DI OLE-OLE SUPERBOWL, SHAH ALAM.

Pejabat ibu ada  buat pertanding bowling untuk kakitangan dan keluarga awal tahun hari tu. Sebagai salah seorang ajk kelab, ibu pun sibuk gak. So, bawak anak-anak g main bowling sekali. Harras masuk kategori kanak-kanak. Hadif tengok jer coz nak angkat bola pun tak larat. he he heee...
Ibu memang takleh main. Maklum ler, pegnen. Tengok jee laa. Nak main pon tak reti sebenarnya hik! Ayah main dengan group dia. Ni first time Harras main bowling. Happy sangat. Dapat laa kenal kawan-kawan baru kat sini...

HARRAS FIRST DAY AT SCHOOL.

       Tahun ni kami suami isteri decide nak hantar Harras ke sekolah memandangkan dia masuk 5 tahun tahun ni (2010). Tapi lewat sebulan daftarnya. Patutnya sekolah start bulan Januari, tapi Harras masuk bulan Februari. Ini sebab ibu risau Harras belum diapers free masa tu. So, dlm masa sebulan tu ibu n ayah tengok Harras dah boleh diapers free, so kami decice nak hantar ke PASTI Little Muslim kar area rumah tu. Kebetulan, ayah salah seorang ajk yang uruskan tadika tu, so senang laa sket. Teruja sangat Harras masa fisrt day nak g sekolah. Tengok aje laa gambar dia nanti. Very very excited. Ibu memang tak risau sangat nak hantar Harras ke sekolah coz dia memang suka. Dapat kawan baru, belajar tempat baru n perkara baru. Pagi,ayah yang akan hantar ke sekolah coz ibu kena pergi kerja awal. Masa balik, kami dah aturkan supaya Harras naik van sekolah. Mula2 tu risau sangat coz dia memamg tak biasa nak kereta lain. Kami follow van sekolah tu hari tu. Nasib kami baik sebab atuk Harras (my father in law) kenal pengusaha van sekolah tu. Dia memang ambik budak-budak tadika jer. Tak campur dengan sekolah rendah or lain-lain.Dia akan naik n turunkan anak-anak kecil ni n hantar terus dalan taska before pergi hantar anak-anak lain. Setakat ni, alhamdulillah tak ada masalah. Cikgu-cikgu kat taska Harras pun cakap ok.

        Kami sangat berharap Harras belajar dengan rajin nseronok menimba ilmu di sekolah dan menjadi contoh kepada adik-adiknya kelak. Insyaallah.

BIRTHDAY HARRAS YANG KEEMPAT

Birthday tahun lepas, Harras request nak kek Ben 10. Dari awal tahun sampai laa ke hari birthday dia, dia nak tema Ben 10. Bayangkan laa, setiap kali ibu siapkan tempahan  kek untuk customer, mesti abang ingatkan nak kek Ben 10. Harras lahir 16 Disember 2005. Hujung tahun, tapi dari awal tahun dah mintak. Lama tu dia nak tunggu. So, bila sampai masanya ibu buatkan abang cupcake Ben 10. Senang, tak payah potong. Kebetulan bulan Disember musim cuti sekolah, so tak ramai yang ada di taska. Dalam 20 orang budak jer. Just nice utk 25pcs chocolate moist cupcake ni. Dapat cikgu makan sekali. Happy sangat dia, dapat jugak Ben 10 yang dia nak tu. Enjoy sayang!

BIRTHDAY HADIF YANG KEDUA

Birthday Hadif yang kedua di Taska Jingga. Tengok laa tu, saper yang beriya2 sangat nak tumpang glamer. Tapi mmg semua excited sangat. BElum potong ada yang dah nak cabut tiang gol kek tu he heheeee..... budak-budak laa katakan....
Happy Birthday Hadif. Semoga menjadi anak soleh dan berjaya....Aminn....

Friday, June 11, 2010

BIRTHDAY HARRAS YANG KEDUA

Ini gambar sambutan birthday Harras yang Ke-2 di taska. Sebab suka sangat tengok cerita Nemo, so ibu buatkan laa Harras kek tema Nemo. Happy sangat dia tengok kek ni. Semoga Harras jadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Ni pulak celebrate kat rumah the next day. Masa breakfast. Makan kek sekali dengan meehoon goreng. Happy giler masa tu. Kami biarkan ajer dia nak makan apa. Comot sangat, but very CUTE! he he hee

BIRTHDAY HADIF

Birthday Hadif yang pertama. Ni sambut kat taska tempat Hadif n Harras duduk sementara ibu g kerja. Tak jauh pun. Kat pejabat jer taska ni. Buatkan Hadif kek bentuk Bear. Simple jer. Yang lain buat makan2 sket. Tengok laa saper yang terlebih excited. Hadif buat dek jer tu. He he hee..

Wednesday, June 9, 2010

RAYA 2009

Tuesday, June 8, 2010

JOM MAKAN!!!

 
Tengok laa semua gambar-gambar ni. Perasan tak gambar saper paling banyak? he he hee 
Dah semestinya gambar Harras. Memang suka kalau bab makan-makan ni. Pedas ker, tak ker, habis. ALhamdulillah, tak membazir. Kalau dulu tak pandai nak kontrol makan. But now, since dah sekolah ni, dah tau kontrol n berhenti kalau dah kenyang. Kalau dah makan di sekolah, kat nurseri tak nak makan dah. Dah kenyang katanya. Hopefully boleh reduce weight sket. Boleh laa bersukan lebih sket lepas ni yer. Kat rumah, kalau buat pizza, memang dia suka.Tapi mesti letak sosej n cheese jer. Sayur-sayur tak nak. Kalau Hadif pulak, kutip sosej jer. Rotinya makan sikit jer. Kadang-kadang abng yang tolong habiskan roti pizza tu. Memang puas hati kalau buat sendiri coz anak-anak memang makan. Kalau asyik beli jer, kopak gak kan.