Wednesday, January 11, 2012

HARI KE-7 PERSEKOLAHAN.

As Salam. Semalam lepas ambik Harras dari sekolah kebangsaan, ada surat dari sekolah. Tulis kat surat tu Harras ditukarkan ke kelas 1M dari 1G aka Garnet. 1M tu kelas mana yer. Tingkat 2 rasanya. Kurang la satu tingkat Harras nak kena daki hari-hari. Alhamdulillah, masih kekal di kelas arus perdana dan bukan sebab masalah 3M (Membaca,Menulis,Mengira).  Semoga bergembira di kelas baru yer Abang Long. Take care sayang.

Tuesday, January 10, 2012

FIRST DAY AT SCHOOL.

HARRAS AZFAR BIN MUHAMAD HIZWAN
Ni gambar masa tengah dengar taklimat dari cikgu bertugas tentang hari pertama persekolahan dan banyak cerita tentang disiplin. Biasa laa kan,tentunya dari cikgu disiplin. Harras masuk kelas 1 Garnet. Sekolah ni bagi nama kelas ikut nama batu permata. Punya laa ramai murid2 Tahun 1 sampaikan ada 12 kelas utk Tahun 1 sahaja bagi tahun 2012. Kawasan ni memang kawasan penempatan n perumahan. So, mmg ramai laa penduduk kat area sini. Itu pun dah bahagikan dengan 1 seklah lagi. Ada 2 sekolah rendah dalam kawasan  ni. Ramai kan?
 Ni pulak gambar Harras beratur masa nak masuk kelas. Happy jer dia dapat masuk sekolah baru. Mmg chubby laa anak ibu ni.  hahahahaa...

 Tak tau laa berapa lama tahan nyer baju yang kemas ni. Entah2 tengahari nnt dah terkelular dah semua nya. Well, bila lagi dia nak berdikari n jaga diri sendiri kan? Kalau ikut hati memang risaaauuu jer nak lepaskan sorang2. Tapi nasib baik dia ok n mudah berkawan n mesra alam hahaa...

 Hakeem pon terpaksa bawak hari tu sebab dah agak lewat. Tak sempat nak hantar ke taska dulu. So, supaya tak lambat, angkut sekali. Nasib baik dia baik jer, tak nangis2. Good boy!
 Ni sumer yang gambar pakai tie ni hari Isnin nyer gambar. So, maknanya hari ke-4 sekolah laa. Setiap hari Isnin kena pakai tie sebab ada perhimnpunan rasmi. Hensem laa my lovely boy ni. Dah nampak macam orang besar sangat dah. Harras bangga sangat2 dapat pakai tie hari tu. Senyum jer. Katanya dia nak pakai tie ni hari-hari g sekolah. Wah! Bersemangat betul anak ibu. 


Macam ketua kelas kan? hihihii

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2012 @ SK JALAN U3, SHAH ALAM.


Macam tak percaya jer Harras dah masuk sekolah. Tahun 2012 ni, Harras dah mula bersekolah Tahun 1 di SK Jalan U3, Subang Perdana, Shah Alam.  Gambar ni masa hari orientasi pada 31 Disember 2011 lalu. Tak banyak gambar dapat ambik sebab kena g dengar taklimat dari pihak sekolah . Ibu harap Harras belajar rajin-rajin n berjaya dalan pelajaran , Insyaallah.

JENJALAN MASA CUTI...

Ini gambar masa g tengok pameran buaya kat muzium haiwan kat Putrajaya. Datang dengan kakak dan anak2nya. Bulat mata Hakeem tengok buaya besar2  hehee


 Ini laa kakak saya merangkap Mak Long Harras, Hadif n Hakeem.
 Ini pulak masa jenjalan kat SACC. Bila ternampak jer gambar Eric Leong ni, terus Harras kata nak ambik gambar kat situ. Pelik jugak. Mana dia kenal si Eric ni haa....? Confuse jap.

BIRTHDAY HARRAS YANG KE-6

Kek Angry Bird ni untuk anak tersayang Harras Azfar yang ke 6 tahun pada 16 Dec 2011. Since school holiday, saya hantar dia ke Kem Smart Solat n Celik Al-Quran, so dapat laa dia celebrate dengan guru-guru baru n kawan-kawan baru di kem. Memandangkan semua persiapan persekolahan tema nyer Angry Bird, so, saya buatkan kek dengan tema yang sama. Kek nyer, 3kg++ very moist choc cake. NO eggs ok. Sangat sedap sebab di lapisi dengan cheese lagi... puas masing-masing makan.. Disamping tu saya bawa kan juga assorted puff with blueberry n strawberry filing. Panas2 lagi masa bawa tu. Tapi tak sempat snap gambar puff sebab semua dah serbu. heheheee...Alhamdulillah, Harras happy sangat... Ibu doakan Harras menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat, Insyaallah...AMIN.


 Semua kerumun nak tengok Harras potong kek. Meriah sebab kat kem ni ramai. Almost 70 termasuk guru2.



 Beriya potong kek. Seronok dia.

KEM SMART SOLAT & CELIK AL-QURAN @ AS-SAKINAH, SUBANG BESTARI

Program cuti sekolah Kem Smart Solat & Celik Al-Quran @ As-Sakinah, Subang Bestari masa cuti sekolah tahun lepas 2011. Harras join kem ni selama 3 minggu in December 2011 so that masa cuti dapat dipenuhi dengan perkara2 berfaedah disamping membiasakan diri dengan tempat baru. Tahun ni 2012, kat sini lah Harras akan belajar KAFA n transit after balik dari sekolah kebangsaan. Alhamdulillah, Harras memang senang nak adapt dengan new environment n new people. Ada acara nasyid dan makan2 (potluck daripada ibubapa peserta kem). Meriah n penuh bermakna. Semoga ilmu yang didapati dapat dimanfaatkan sebaiknya, ya Harras.











MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH AKHIR TAHUN 2011 PASTI LITTLE MUSLIM

Last day di PASTI LITTLE MUSLIM buat Harras sebab tahun 2012 akan melangkah ke Tahin 1. Dah 2 tahun Harras di sini. Banyak kengan di sini terutama dengan guru2. Semoga segala yang dipelajari diberkati dan dapat menjadi pedoman di masa hadapan. Semoga berjaya kepada barisan guru2 dan teruskan perjuangan anda, Insyaallah.









HAKEEM...HMMMM

 Hakeem Amsyar sekarang dah 1 tahun 3 bulan. Semakin cerdik dan bijak . Macam-macam perangai dah ditirunya dari abang2 tersayang. Ni gambar masa kat kampung, Raya haji last year kalau tak silap. Carik sendiri tu susu dalam bakul...heheheee tengok jer gelagat dia selongkar bakul susu dia. 


Ni pulak bila dah penat carik2 tapi x jumpa..hahahaa...frust... Nanti ibu buat yer...sian diaa...
 Ini pulak kalau terlepas masuk bilik baking ibu. Seronok sebab apa? Sebab dalam bilik baking maca-maaacaaammm adaa....hehehee Time ni ler semua barang-barang macam spatula, whisk, baking cup sumer berterabur dalam rumah. Sebab dia dah jadi assistant baking, sumer dia nak...waaa...ibu lak terpaksa kemas balik..huhuhhuu


Look! How happy he is bila dapat duduk semeja dengan ibu masa siapkan kek. Leh ler colek2 krim yang atas meja tu kan? nyumm nyummm... Comot lepas tu.
Ni duduk diam jer sebab dah duduk atas kerusi merah tu tapi tak reti nak turun hahaa...tu yang termenung tu. 

AWAS! Jangan tiru aksi di bawah ni...Bahaya!
 Entah macam mana dia boleh naik atas meja ni semata-mata nak ambik kuih. Hiii...ngeri tengok masa tu...tapi dia gelak jer sebab dah berjaya ambik kuih... Yang geram tu abang nyer tengok jerrr....  bukan nak panggil kita kat dapur...Haiyaa...
Tgk tu...2 buah kuih dah ada kat tangan..Astaghfirullahhalazim... Nasib dia diam jer atas tu sebab tak reti nak turun. Tapi cool jer sebab dah ada kuih dalam tangan. Hakeem Hakeem... Kering darah tengok dia berdiri atas meja tu... lepas tu nak gelak pon ada.. Apa daa Hakeem ni ... Kasi nervous jer...heheeehee